Rasul Ulul Azmi
- NABI NUH A.S
- NABI MUSA A.S
- NABI IBRAHIM A.S
- NABI ISA A.S
- NABI MUHAMMAD S.A.W
Topik
Kisah Nabi Musa
Nabi Musa A.S. dan keluarganya menetap di Mesir. Mereka dikenali sebagai Israel. Akhirnya bilangan mereka semakin bertambah dan mencapai kekuasaan yang kukuh. Kaum Israel tidak bergaul dengan penduduk asal yang lain. Mereka tinggal terasing dan dianggap sebagai bangsa asing di Mesir. Kembali
Tindakan Kejam Firaun Terhadap Kaum Israel
- Mesir diperintah oleh Raja Firaun yang sangat sombong, zalim dan berkuasa.
- Rakyat hidup dalam kesedihan semasa pemerintahannya. Mereka dikerah untuk bekerja seperti hamba. Mereka dirantai dan dipukul dengan cemeti jika membantah.
- Kaum Israel dipandang rendah dalam masyarakat dan hidup dalam keadaan melarat serta miskin. Sesetengah daripada mereka hidup lemah dan mati kebuluran. Apabila Firaun mengetahui jumlah penduduk Israel bertambah, dia berasa sangat risau lalu dia pun membincangkan topik itu dengan para penasihatnya.
- Mereka mengambil keputusan untuk menghapuskan kaum tersebut kerana tidak mahu mereka berkuasa di Mesir. Maka mereka merancang untuk menindas dan menganiayai kaum Israel dengan pelbagai cara. Firaun memerintahkan supaya anak-anak lelaki yang dilahirkan oleh keluarga bangsa Israel, mestilah dibunuh. Kembali
Nabi Musa A.S. Dihanyutkan Dalam Sungai
- Ibu Nabi Musa A.S. adalah wanita berketurunan Israel. Pada zaman perintah bunuh dibuat, ibunya telah melahirkan baginda secara rahsia. Baginda sangat comel semasa baginda masih bayi. Ibunya berasa sangat risau, suatu hari nanti tentera Firaun pasti akan membuang bayinya ke dalam sungai.
- Allah telah mengilhamkan kepadanya supaya dia bersabar dan tidak takut. Dia dimaklumkan bahawa anaknya akan menjadi seorang nabi. Bayi tersebut diberi nama Musa. Dia menjaganya selama beberapa bulan sehingga dia berasa tidak dapat menyembunyikannya lagi. Lalu Allah telah memberi petunjuk kepadanya.
"Dan kami ilhamkan kepada ibu Musa; "Susuilah dia, dan apabila kamu khuatir terhadapnya maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah kamu khuatir dan janganlah (pula) bersedih hati, kerana sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya (salah seorang)dari para rasul."" (Al-Qasas, 28: 7) Kembali
Nabi Musa A.S. Membesar Di istana Firaun
Penduduk yang menjumpai kotak tersebut membawanya kepada Firaun dan keluarganya. Tanpa disedari, kakak kepada Firaun turut bersama-sama mereka. Isteri Firaun telah sangat menyukai bayi yang ditemui dan bercadang untuk sebagai anak angkatnya.
"Dan berkatalah isteri Firaun:"(ia) adalah penyejuk mata hati bagiku dan bagimu. Janganlah kamu membunuhnya, mudah-mudahan ia bermanfaat kepada kita atau kita ambil ia menjadi anak", sedangkan mereka tiada menyedari ." (Al-Qasas, 28: 9) . Kembali
Seorang lelaki Mesir dibunuh Firaun
Pada suatu hari, baginda melihat seorang lelaki Israel bergaduh dengan seorang suruhan raja. Baginda muncul dalam kejadian itu dan cuba meleraikan pergaduhan mereka. Namun begitu, lelaki suruhan raja yang berketurunan Mesir itu, tidak mahu berganjak walaupun diminta beberapa kali. Lalu baginda memukul belakangnya dengan kayu. Lelaki tersebut berasa pening dan jatuh ke bumi. Nabi Musa A.S. dan sahabat-sahabatnya mara ke hadapan untuk menyokongnya namun lelaki itu sudah lemah seperti kain buruk. Tidak lama selepas itu, dia pun meninggal dunia. Kembali
Nabi Musa A.S. Berasa Menyesal
"…Musa berkata: "Ini adalah perbuatan syaitan, sesungguhnya syaitan adalah musuh yang menyesatkan lagi nyata (permusuhannya)." Musa berdoa: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiayai diriku sendiri kerana itu ampunilah aku". Maka Allah mengampuninya, sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang." (Al-Qasas, 28: 15-16) Kembali